front view

front view
...located at Perak Lane. A strategic position to be one of the best school in the area...

Saturday, October 16, 2010

cogan kata

COGANKATA

KESETIAAN, KEBERANIAN, KERAJINAN,KEJIMATAN
Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu , taat setia, bertanggungjawab dan memperolehi nilai-nilai tatarakyat yang tinggi. Maka SRJK ( C ) MOH GHEE PUSAT memilih cogan kata  ' KESETIAAN, KEBERANIAN, KERAJINAN DAN KEJIMATAN ' semoga dapat mendidik dan memupuk nilai-nilai murni yang sempurna untuk menghadapi sebarang cabaran pada masa hadapan.

aktiviti PSS

Misi / Visi PSS

VISI  PUSAT  SUMBER 
SJK© MOH  GHEE (PUSAT)


“MELAHIRKAN  GENERASI  TERPELAJAR YANG  CELIK HURUF,
CEMERLANG  DAN  GEMILANG 
DALAM  SEGALA  BIDANG  SETIAP TAHUN.”





MISI  PUSAT  SUMBER 
SJK©  MOH  GHEE (PUSAT)

“ MEMBENTUK  DAN  MELAHIRKAN  WARGA  SEKOLAH 
YANG  BERILMU,
PEKA  TERHADAP  PERUBAHAN  ERA  PENDIDIKAN 

SERTA 

BERPRIHATIN  KE ARAH  ERA  BARU.”

Sejarah Sekolah

SEJARAH  SEKOLAH

          SJK© Moh  Ghee (Pusat)  diasaskan  pada  tahun  1918.  Alamatnya  terletak  di  Jalan  Jelutong  iaitu  alamat  pada  SJK©  Noh  Ghee (Cawangan)  kini.  Pada  masa  itu  merupakan  sekolah  pondok  yang  berbumbungkan  atap  nipah.
          Pengasas  pertama  adalah  mendiang  Cheah  You  Choon, mendiang  Toh  Cheng  Hua, Chan  kok  Sian, Ch’ng  Lye  Hock  dan  sebagainya.  Pada  masa  Perang  Dunia  Kedua, sekolah  terpaksa  ditutup.  Setelah  perang, sekolah  beroperasi  semula.  Guru  Besar  pertama  adalah  Puan  Phang  Jiao  Sui.  Oleh  kerana  pada  masa  peperangan, peluang  untuk  persekolahan  adalah  begitu  tipis  sekali.  Selepas  peperangan  itu, ramai  anak  murid  yang  tidak  dapat  belajar  ketika  perang  itu  mendaftar  di sekolah  ini.  Dengan  sedemikian, bilangan  pelajar  telah  bertambah  lebih  daripada  seribu  orang.  Dengan  pertabmbahan  yang  mendadak, selain  bangunan  sekolah  digunakan, pihak  sekolah  juga  terpaksa  menyewa  bangunan  persatuan  Ying  untuk  menampung  pelajar  yang  begitu  ramai.  Sesi  sekolah  terpaksa  diadakan  pada  dua  sesi,  pencantuman  tiga  kelas  juga  terpaksa  diadakan  untuk  memenuhi  keperluan  yang  beitu  ramai.
            Dalam  keadaan  yang  begitu  meruncing, sekolah  tambahan  terpaksa  dibina.  Dengan  keberkatan  persatuan  Jin  Hoe  Seah, para  budiman  persatuan  itu  telah  menderma  tanah  seluas  satu  hektar untuk  tujuan  perluasan  pembinaan  seklah.  Bangunan  baru  telah  siap  dibina  pada  tahun  1950.
            Pada  tahun  1951, pihak  pengelola  sekolah  telah  mengupah  mendiang  Encik  Khor  Ming  untuk  mentadbir  sekolah.  Pada  masa  itu, bangunan  baru  telah  bertukar  statusnya  sebagai  sekolah  pusat  manakala  sekolah  lama  telah  bertukar  menjadi  sekolah  cawangan.  Pada  ketika  itu, sekolah  dua  sesi  juga  diadakan  untuk  menampung  pelajar  seramai  seribu  orang.  Pada  tahun  1958, penambahan  empat  kelas  dan  sebuah  tandas  telah  diadakan.  Pelajar  pada  ketika  itu, bertambah  lagi  dengan  banyak. Dengan  itu, pada  tahun  1968, empat  buah  kelas, sebuah  bilik  stor, sebuah  kantin  dan  sebuah  tandas  lagi  dibina.  Dengan  demikian, pada  tahun  1973, sekolah  telah  mengadakan  sebanyak  25  buh  kelas.  Pada  tahun  yang  sama,  Persatuan  Ibu  Bapa  dan  Guru  telah  ditubuhkan.  Pengerusi  PIBG  yang  pertama  adalah  Mendiang  Encik  Tan  Hock  Chai.  Pada  bulan  November  pula,  Pasukan  Pengakap  yang  ulung  kali  telah  ditubuhkan.
            Pada  tahun  1996,  sekolah  telah  mengadakan  satu  sesi  yang  ulung  sekali  diadakan  di  seluruh  Pulau  Pinang  atas  bantuan  PIBG  dan  Persatuan  Lepasan  Pelajar  Sekolah  sehingga  kini.