SEJARAH SEKOLAH
SJK© Moh Ghee (Pusat) diasaskan pada tahun 1918. Alamatnya terletak di Jalan Jelutong iaitu alamat pada SJK© Noh Ghee (Cawangan) kini. Pada masa itu merupakan sekolah pondok yang berbumbungkan atap nipah.
Pengasas pertama adalah mendiang Cheah You Choon, mendiang Toh Cheng Hua, Chan kok Sian, Ch’ng Lye Hock dan sebagainya. Pada masa Perang Dunia Kedua, sekolah terpaksa ditutup. Setelah perang, sekolah beroperasi semula. Guru Besar pertama adalah Puan Phang Jiao Sui. Oleh kerana pada masa peperangan, peluang untuk persekolahan adalah begitu tipis sekali. Selepas peperangan itu, ramai anak murid yang tidak dapat belajar ketika perang itu mendaftar di sekolah ini. Dengan sedemikian, bilangan pelajar telah bertambah lebih daripada seribu orang. Dengan pertabmbahan yang mendadak, selain bangunan sekolah digunakan, pihak sekolah juga terpaksa menyewa bangunan persatuan Ying untuk menampung pelajar yang begitu ramai. Sesi sekolah terpaksa diadakan pada dua sesi, pencantuman tiga kelas juga terpaksa diadakan untuk memenuhi keperluan yang beitu ramai.
Dalam keadaan yang begitu meruncing, sekolah tambahan terpaksa dibina. Dengan keberkatan persatuan Jin Hoe Seah, para budiman persatuan itu telah menderma tanah seluas satu hektar untuk tujuan perluasan pembinaan seklah. Bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1950.
Pada tahun 1951, pihak pengelola sekolah telah mengupah mendiang Encik Khor Ming untuk mentadbir sekolah. Pada masa itu, bangunan baru telah bertukar statusnya sebagai sekolah pusat manakala sekolah lama telah bertukar menjadi sekolah cawangan. Pada ketika itu, sekolah dua sesi juga diadakan untuk menampung pelajar seramai seribu orang. Pada tahun 1958, penambahan empat kelas dan sebuah tandas telah diadakan. Pelajar pada ketika itu, bertambah lagi dengan banyak. Dengan itu, pada tahun 1968, empat buah kelas, sebuah bilik stor, sebuah kantin dan sebuah tandas lagi dibina. Dengan demikian, pada tahun 1973, sekolah telah mengadakan sebanyak 25 buh kelas. Pada tahun yang sama, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan. Pengerusi PIBG yang pertama adalah Mendiang Encik Tan Hock Chai. Pada bulan November pula, Pasukan Pengakap yang ulung kali telah ditubuhkan.
Pada tahun 1996, sekolah telah mengadakan satu sesi yang ulung sekali diadakan di seluruh Pulau Pinang atas bantuan PIBG dan Persatuan Lepasan Pelajar Sekolah sehingga kini.